Munkar dan Nakir
Malaikat Munkar dan Nakir (Arab: منكر و نكير) dalam eskatologi Islam adalah dua Malaikat yang menanyakan atau menguji keyakinan diri orang yang telah mati di alam barzakh.[1]
Menurut ajaran Islam, setelah kematian, maka setiap jiwa akan di tempatkan di alam barzakh atau alam kubur. Mayat dibangkitkan dan berbicara ketika ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir, walaupun tubuhnya telah hancur. Pertanyaan dimulakan selepas pengkebumian selesai dan setelah tujuh langkah orang terakhir beredar dari tempat pengkebumian. Malaikat Munkar dan Nakir akan menanyakan beberapa hal berikut, "Siapakah Tuhanmu?", "Siapakah nabimu?", "Apakah agamamu?", jawapan bagi pertanyaan tersebut adalah Tuhan kami adalah Allah, nabi kami (mengikut nama nabi yang diutus kepada mereka) dan bagi umat selepas Nabi Isa as.ialah Muhammad Saw. dan agama kami ialah Islam, maka mayat akan diberikan keluasan dan diterangkan kuburnya sehingga tiba hari kebangkitan. Bagi yang tidak boleh menjawabnya akan mendapatkan seksaan sehingga tiba hari kebangkitan.[2]